semalam pergi Popular, beli buku
'How to Be An Expert in your own field'
Mindy Gibbins-Klein
harga pun takle mahal sangat
RM 29.90 je
kadang2 kita ni rasa mcm ilmu dah penuh di dada
tapi tak expert2 jugak
dan kita sendiri pun tak tahu bidang apa yg kita pakar
nak kata pakar buat kek, tak jugak
pakar kedai makan, org baru tanya ko dah menggelabah
so aku pun tertarik utk nk beli buku ni sbb nak tahu, mcmana nak org kata kat kita.. 'dia ni expert bab.....'
hah, mahalkan statement tu.. so mari kita tgk buku ni
mula2 dia citer pasal apakah yg dimaksudkan dengan 'thought leader'
aku dh pelik.. apsal buku ni tak seperti tajuk nya
rupanya dia nak link, sebelum ko nak jadi expert
ko kena jadi 'thought leader'
so definisi thought leader
'A futurist or person who is recognized among their peers, mentors and market for innovative ideas and demonstrates the confidence to promote and share those ideas as actionable distilled insights'
so translate mudah
'orang yang dikenali di kalangan rakan-rakan, mentor, atau rakan industri yang mempunyai idea yang innovatif dan mampu menunjukkan keyakinan untuk mempromosi dan berkongsi idea sebagai suatu yang boleh dilaksanakan'
biasa org yg expert ni suka tulis buku untuk mendapat pengiktirafan.. tapi tak mudah sebenarnya nak buat buku
especially kalau ko sendiri yg nak tulis
melainkan menggunakan 'ghost writer'
apa itu eh?
ghost writer ni kira penulis bagi pihak kita lah
kita cerita apa yg kita nak suh dia tulis
so dia karang la topik tu
tanpa di ketahui orang siapa dia sebenarnya
tp ofcos ada bayaran lah kan
penulis ni suggest untuk memulakan penyebaran idea yang kita rasa sangat bernas dan awesome
maka kita perlu menulis
buat blog, tulis apa yg kita minat
dengann idea2 kita sendiri
kalau guna idea orang, kena lah bg kredit pd orang tu
jangan smpai orang kata kita plagiat lak kan..
ada org buat blog sbg catatan harian
pun tak salah, sbb dari situ dia boleh lihat minat dia menjurus ke mana.. tapi perlu berhati2
kerana orang boleh gunakan ia untuk menghentam kita semula
so sentiasa berhati2 dengan apa yang di tulis
apa yang di catat, supaya ia tidak di salah erti kan
secara keseluruhan buku ini okey, mudah di fahami
dan tidak terlalu tebal untuk di habiskan
kalau nak tahu detail, boleh beli lah buku ni kat kedai2
berhampiran
harga - 5 bintang
gaya penulisan - 3 stgh bintang
kefahaman - 4 bintang
relevan - 4 bintang
keseluruhan - 4 stgh bintang..
#nnti aku cari mcmana nak letak gambar bintang eh.. :)


No comments:
Post a Comment