Translate

Friday, August 30, 2013

apa maksud '280 thread' kalau beli cadar..

Tadi masa keluar rehat, pi singgah Jusco.. maklumlah, ari jumaat merupakan hari yg di nanti2 oleh golongan wanita bekerja.. termasuk la aku, sbb masa tu la bule pi merayau lama ckit kan..  mission ari ni - 'nak cari seluar swimming anak'.. so dengan penuh semangat, aku pun terus la ke sana.. rupanya ari ni ada fiesta jusco.. aku sebenarnya tak hairan sgt dgn sale kat jusco, sbb rasanya mcm sepanjang masa dia sale.. hahaha

okey, so dah pusing2.. ada yg berkenan, harga pun okey.. terus la rembat.. masa nak byr cashier cakap, kak.. ari ni beli rm100, dpt voucher rm5.. aku beli baju renang tu dlm rm59.90.. ckit lg je ni.. so pi la merayau tak tentu hala mencari apa yg nk di beli..

bila tak tentu hala ni lah menyebabkan duit rabakkk.. jalan2, ternampak cadar.. haaa, terus nafsu membisik.. dah lama tak beli cadar.. jadi, terus lah aku ke sana.. smbil jalan2 cari nahas, duk tanya2 jugak la pd budak jual tu.. apa beza jenama ni dgn jenama tu.. mana yg okey..  dia kata lebih kurang je kak, cuma tgk pd thread.. apa itu thread sebenarnya..

zaman dulu, bila tgk je cadar cotton, dgn rakus terus beli.. sementelah pulak harga murah kat jusco.. dalam 40 hengget dh bule dapat.. tp lps dh guna dan cuci 4-5 kali, rasa kain tu agak nipis.. dan berbulu.. tp okey jugak, ada lah alasan nk beli cadar lain pulok.. hehehehe.. tp lps tu mcm tahu la ckit2, kalu beli cadar.. lg tinggi threads nya, lagi bagus.. so biasa kita tgk.. 280 thread, 380 thread.. tp aku rasa jenama pun ada memainkan peranan jugak la.. biasanya jenama mcm dari oversea ni kain dia sgt bagus.. aku pernah beli cadar jenama pierre cardin ms kat ostalia, kain dia sagt bermutu.. tebal dan tidak berbulu..  tp kat mesia ni aku tak jumpa.. maybe ada, tp kena pi kedai kat klcc nun.. sbb ctu kan very the exclusive one.. 

okey, thread ni sebenarnya menggambarkan ukuran berapa banyak aliran benang benang yg di gunakan untuk membuat setiap satu inci kain tersebut.. maknanya, kalu 280 threads, setiap 1 inci persegi.. ia menggunakan 280 aliran benang, dan utk 380 threads, maka bermaksud 380 aliran benang di gunakan utk setiap 1 inci persegi.. so lagi banyak aliran benang dalm 1 inci persegi,  maka lagi berkualiti, lembut dan fleksibel kain tersebut..  haaaa.. amacam, sudah faham?


kalu ikut yg aku baca, dia kata kain cotton standard menggunakan 150 thread.. kalu yg berkualiti bermula dengan 180 thread.. tp banyak juga faktor yg mempengaruhi, dari segi pembuatan dan pemprosesan keseluruhan juga di ambil kira.. tp kdg2 aku musykil jugak, kenapa kat cadar buatan malaysia yg mempunyai jumlah thread yg tinggi, harga nya masih murah berbanding dgn keluaran luar negara.. dan kualiti nya pun juga berbeza..

andaian aku - kemungkinan kualiti bahan mentah mempengaruhi produk.. sbbnya kualiti bahan mentah kapas ini di pengaruhi oleh cuaca dan tempat persekitaran ia tumbuh.. nak tahu cotton terbaik dunia adalah dari mana? cer teka.. cer teka.. 

kain kapas terbaik di dunia adalah berasal dari Mesir.. 'egyptian cotton'.. ia menghasilkan cotton yg lembut, halus dan kuat.. kalu nak tahu kain cotton egypt ni mcmana.. tu yg selalu hotel 5 star guna buat cadar.. ni gambar kat bawah ni.. patutla best kan tido atas katil kat hotel.. cehhh.. alasan.. :P.. so nnt aku sembang lg psl egyptian cotton..

No comments:

Post a Comment