Translate

Friday, August 30, 2013

apa maksud '280 thread' kalau beli cadar..

Tadi masa keluar rehat, pi singgah Jusco.. maklumlah, ari jumaat merupakan hari yg di nanti2 oleh golongan wanita bekerja.. termasuk la aku, sbb masa tu la bule pi merayau lama ckit kan..  mission ari ni - 'nak cari seluar swimming anak'.. so dengan penuh semangat, aku pun terus la ke sana.. rupanya ari ni ada fiesta jusco.. aku sebenarnya tak hairan sgt dgn sale kat jusco, sbb rasanya mcm sepanjang masa dia sale.. hahaha

okey, so dah pusing2.. ada yg berkenan, harga pun okey.. terus la rembat.. masa nak byr cashier cakap, kak.. ari ni beli rm100, dpt voucher rm5.. aku beli baju renang tu dlm rm59.90.. ckit lg je ni.. so pi la merayau tak tentu hala mencari apa yg nk di beli..

bila tak tentu hala ni lah menyebabkan duit rabakkk.. jalan2, ternampak cadar.. haaa, terus nafsu membisik.. dah lama tak beli cadar.. jadi, terus lah aku ke sana.. smbil jalan2 cari nahas, duk tanya2 jugak la pd budak jual tu.. apa beza jenama ni dgn jenama tu.. mana yg okey..  dia kata lebih kurang je kak, cuma tgk pd thread.. apa itu thread sebenarnya..

zaman dulu, bila tgk je cadar cotton, dgn rakus terus beli.. sementelah pulak harga murah kat jusco.. dalam 40 hengget dh bule dapat.. tp lps dh guna dan cuci 4-5 kali, rasa kain tu agak nipis.. dan berbulu.. tp okey jugak, ada lah alasan nk beli cadar lain pulok.. hehehehe.. tp lps tu mcm tahu la ckit2, kalu beli cadar.. lg tinggi threads nya, lagi bagus.. so biasa kita tgk.. 280 thread, 380 thread.. tp aku rasa jenama pun ada memainkan peranan jugak la.. biasanya jenama mcm dari oversea ni kain dia sgt bagus.. aku pernah beli cadar jenama pierre cardin ms kat ostalia, kain dia sagt bermutu.. tebal dan tidak berbulu..  tp kat mesia ni aku tak jumpa.. maybe ada, tp kena pi kedai kat klcc nun.. sbb ctu kan very the exclusive one.. 

okey, thread ni sebenarnya menggambarkan ukuran berapa banyak aliran benang benang yg di gunakan untuk membuat setiap satu inci kain tersebut.. maknanya, kalu 280 threads, setiap 1 inci persegi.. ia menggunakan 280 aliran benang, dan utk 380 threads, maka bermaksud 380 aliran benang di gunakan utk setiap 1 inci persegi.. so lagi banyak aliran benang dalm 1 inci persegi,  maka lagi berkualiti, lembut dan fleksibel kain tersebut..  haaaa.. amacam, sudah faham?


kalu ikut yg aku baca, dia kata kain cotton standard menggunakan 150 thread.. kalu yg berkualiti bermula dengan 180 thread.. tp banyak juga faktor yg mempengaruhi, dari segi pembuatan dan pemprosesan keseluruhan juga di ambil kira.. tp kdg2 aku musykil jugak, kenapa kat cadar buatan malaysia yg mempunyai jumlah thread yg tinggi, harga nya masih murah berbanding dgn keluaran luar negara.. dan kualiti nya pun juga berbeza..

andaian aku - kemungkinan kualiti bahan mentah mempengaruhi produk.. sbbnya kualiti bahan mentah kapas ini di pengaruhi oleh cuaca dan tempat persekitaran ia tumbuh.. nak tahu cotton terbaik dunia adalah dari mana? cer teka.. cer teka.. 

kain kapas terbaik di dunia adalah berasal dari Mesir.. 'egyptian cotton'.. ia menghasilkan cotton yg lembut, halus dan kuat.. kalu nak tahu kain cotton egypt ni mcmana.. tu yg selalu hotel 5 star guna buat cadar.. ni gambar kat bawah ni.. patutla best kan tido atas katil kat hotel.. cehhh.. alasan.. :P.. so nnt aku sembang lg psl egyptian cotton..

Sejarah Kain Cotton



jom kiter citer ckit psl sejarah kain cotton ni.. perkataan cotton ni sebenarnya berasal dari perkataan arab.. iaitu "qutn".. bile di omputehkan, jadi la cotton.. ia ditemui di India dan Mediterranean 4000 tahun sebelum masihi.. pedagang arab telah memperkenalkan kain cotton ini di Itali dan Sepanyol pd tahun 1 masihi.. dan cotton tiba di england hanya pd tahun 1600..dan sykt kain cotton pertama adalah East India

seperti yg di maklumkan, India merupakan negara pengeluar utama produk cotton sejak zaman sebelum masihi lagi tetapi sehingga tahun 18 masihi.. iaitu semasa zaman revolusi industri Eropah, India tidak lg menjadi pengeluar utama kerana kekurangan teknologi kerana masih menggunakan kaedah manual.. oleh yg demikian, pengeluaran kain cotton di monopoli oleh Eropah kerana mereka menggunakan mesin untuk memproses bahan mentah.. kain cotton mula di hasilkan secara eksklusif di Utara Eropah dan kemudiannya di export semula ke negara India utk di jual.

kalau sapa2 berminat nak tahu pasal syarikat East India, boleh la baca wikipedia kat sini.. hehehe.. 

so itulah serba sedikit psl sejarah cotton, ada panjang lebar.. tp aku citer ckit2 sudah la.. bukan kelas sejarah pun kan.. nnt leh sambung lg psl jenis2 kain cotton dan kegunaannya pulokk..
 


Thursday, August 29, 2013

First entry....

Bismillahirahmannirahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. semoga ini merupakan satu permulaan yang baik di dalam hidupku..

oleh kerana ini entry pertama.. aku nk citer ckit la psl fungsi blog ini di wujudkan.. aku sebenarnya peminat kain cotton sejak 5 tahun yg lalu.. pelbagai jenis kain cotton aku dah try, japan, vietnam, english.. paris.. tp aku tak tahu apa bezanya.. so bile pergi beli kat kedai yg femes dgn potongan berpoloh2 percent (tah ye ke tah tidak).. aku main rembat je.. dan percaya la apa yg dikatakan oleh sales girl..  tp bila dh lama2, aku dah buleh kenal jenis kain cotton yg baik dan kurang.. cuma tak tahu apa bezanya secara scientifik..

so aku ingat nk buat research ckit la psl kain cotton atau kain kapas.. dan kemudian nk share dlm blog ni.. mcmana? okey tak.. hahaha.. nnt leh smbung lg, nk gi makan lunch..